Sebenarnya
Watson Nyambek telah bebas dari muflis sejak 2016 lagi setelah
Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Allahyarham Pehin Sri Tan
Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem menyelesaikan tunggakan hutang
kos perubatan bapa kepada bekas jaguh pecut negara itu. Mangsa sudah
melaporkan kepada pihak berwajib yang beliau tidak pernah sama sekali
diwawancara oleh Harith Iskandar seperti yang digambarkan.
Banyak
review mengenai Bitcoin Revolution yang menyatakan bahawa platform
pelaburan automatik ini adalah penipuan. Setiap penipuan wajib
menyatakan bahawa anda tidak memerlukan pengalaman atau skill untuk
berjaya dalam setiap pelaburan yang mereka anjurkan.
Diharap
tidak ada yang terjebak ke dalam penipuan skim cepat kaya seperti ini
kerana bagi pendapat saya, tiada jalan singkat untuk mencapai
kejayaan tetapi jalan singkat untuk kegagalan, banyak. Kalau ada yang
berpendapat di sebaliknya, sila komen atau emel terus kepada saya. Kalau ada masa yang terluang, ringan-ringankan lah tangan untuk laporkan page yang entah apa-apa kat Facebook tu. Jangan nanti saudara mara, sahabat handai dah terkena baru nak lapor. At least, kita dah hulurkan bantuan semampu yang boleh. Akhir kata dari saya, tak semuanya penipuan melainkan kita yang menipu ataupun tertipu (Sila jangan hadam, dijamin sakit kepala).
Sekian, semoga bermanfaat.
Sumber;
No comments:
Post a Comment