01 December 2018

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Penipuan

Kita hidup di zaman yang serba canggih di mana segala maklumat hanyalah di hujung jari, tambahan lagi kita tak perlu bersua muka untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kita lebih suka mengambil jalan pintas walaupun hanya berbekalkan janji-janji manis.

Pernahkah anda mendengar pepatah Inggeris, “Too Good To Be True”? Ayat ini mengambarkan sesuatu yang sukar dipercayai namun scammer akan cuba menyakinkan bahawa pelaburan yang dijalankan tiada risiko untuk gagal sama sekali. Kita kena faham, setiap perniagaan apa jua industri mereka pasti mempunyai risiko tersendiri. Negara kaya pun boleh bankrap kalau tahap pentadbiran gagal, inikan pula syarikat yang entah apa-apa. Ambil contoh dari pentadbiran Najib jer, sekarang negara kita berjaya mengumpul hutang lebih kurang 1 trillion ringgit. Hakikatnya, penipuan berlaku dimana-mana tanpa mengenal status.

Sebelum anda membuat pelaburan pastikan anda bertanya kepada yang lebih arif ataupun rakan yang lain kerana setiap penipuan wajib dan akan memberi anda tekanan bahawa “pakej murah dengan keuntungan berlipat ganda” yang dikenakan terhad dan anda disarankan untuk mengambil peluang sementara stok masih ada. Hal ini berlaku untuk mengelakkan anda daripada meneliti sesuatu pelaburan samada ianya benar atau tidak. Kalau anda ragu-ragu kerana kurang memahami pelaburan tersebut maka, lebih baik elakkan.

Pelaburan online ataupun offline, kita harus memastikan bahawa persetujuan kedua belah pihak diambil kira. Kita perlu menyimpan salinan dokumen persetujuan bertulis dalam apa jua bentuk untuk pengesahan jika terjadinya penipuan. Baca dan fahami supaya anda faham akan risiko jika terjadi sesuatu yang tak diingini. Tolak dan elakkan dari menyertai peluang pelaburan yang tidak memiliki persetujuan bertulis.


Sekian sahaja dari saya. Jika ada terdapat kekurangan dari apa yang saya kongsi diharap teman dapat menegur baik positif ataupun negatif. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment