16 December 2018

Gaji Lumayan Untuk Melayan Nafsu Orang VVIP?

Adakah anda ingin memiliki kerja yang menawarkan gaji lumayan? Bagaimana jika ada sesetengah individu yang sanggup membayar gaji yang lumayan sekurang-kurangnya bernilai RM6000 untuk perkhimatan yang anda berikan untuk semalaman? Sungguh lumayan bukan? Saya pasti anda akan tertarik dengan bayaran sebegitu tetapi anda tidak boleh bulat-bulat mempercayai apa yang disampaikan. Penipuan sugar mommy/daddy sangat jarang diwar-warkan kerana sifat bisnes itu sendiri yang memerlukan peneman untuk melayan klien secara seksual.

Saya selalu melihat posting dimana mereka merekrut lelaki atau wanita berlainan orientasi seksual dengan menawarkan gaji yang lumayan dan pada mulanya saya tidak mengendahkan posting tersebut kerana saya merasakan paras rupa saya kurang menarik. Memandangkan tidak banyak jawatan kosong yang dijumpai ketika itu, saya cuba untuk menyoal kelayakan asas yang diperlukan untuk menjadi anak ikan (anak ayam kalau untuk wanita). Rupa-rupanya saya tidak memerlukan apa-apa kelayakan dan sudah tentu mereka tidak memerlukan resume untuk memohon jawatan anak ikan/ayam tersebut.
p/s: Saya memadam rupa makcik yang mungkin tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam job posting ini.

Anda hanya perlu menyediakan beberapa foto rupa anda dan bayaran sebanyak RM1000 untuk memudahkan pemilihan kepada klien yang berminat dengan anda di database mereka. Saya perlu membayar RM1000 untuk menerima sekurang-kurangnya RM6000 jika terpilih. Ketika itu saya pun terus merasa seperti ada penipuan yang akan terjadi kerana tiada sebarang kontrak untuk ditandatangani tetapi menawarkan perkhimatan secara seksual boleh juga dilabelkan sebagai pelacuran. Pelacuran bukanlah perkerjaan yang boleh dibanggakan di Malaysia dan jangan haraplah anda akan menerima kontrak sah dari ejen tersebut.

Kebanyakkan penipuan seperti ini adalah untuk mengambil kesempatan ke atas orang yang sangat memerlukan wang, pasti mudah untuk menarik minat seseorang itu untuk menjana wang dalam tempoh yang amat singkat. Saya tak membayar wang yang diperlukan kerana mereka jelas ingin mempergunakan mangsa untuk membayar mereka dan lesap begitu sahaja. Nasihat saya seperti biasa dan selalu saya katakan di blog ini. Jangan mudah terpedaya dengan taktik scammer tetapi jika anda betul ada mempunyai servis sedemikian, sila komen di blog ini.


Peringatan: Saya tidak mengalakkan perkhimatan untuk menemani klien secara seksual kerana ini jelas akan merosakkan atau menjahanamkan kehidupan sosial kita. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian dalam servis seperti ini tetapi jika anda mahu teruskan juga, itu ternyata bukan masalah saya kerana anda tidak menanggung makan minum saya. Sekian, terima kasih.

14 December 2018

Saya Ingin Membocorkan Suatu Rahsia Yang Selama Ini Saya Pendamkan Khas Kepada Anda Seorang Sahaja - Skrip Scammer

Ramai orang tertarik dengan pelaburan tapi tak banyak yang memahami konsepnya. Kebanyakkan kita cuma hebat dalam hal peleburan dan pada hakikatnya, manusia tamak memang selalu rugi. Mengapa kita mudah percaya dengan konsep “one-time-payment” dan pulangan berkali ganda sehingga adakalanya kita seperti tak percaya? Kalau hal sedemikian sudah menimbulkan perasaan ragu-ragu, kenapa kita teruskan juga?

Itulah peliknya sifat manusia. Pernah tak anda terdengar pepatah Inggeris “Fear Of Missing Out” ataupun kata singkatnya, “FOMO”? Nampaknya kita selalu beralah dengan perasaan sendiri dan secara tak langsung membuat keputusan yang kurang bijak. Taktik ini selalu digunakan dalam penipuan skim cepat kaya. Scammer akan berusaha membenihkan idea bahawa teknik yang diwujudkan oleh penipu tersebut adalah terkini dan anda mungkin terlepas peluang sekiranya mengabaikan pesanan yang ingin ditujukan.

Mengapa scammer selalu melabelkan bahawa teknik menjana pendapatan yang dia cipta itu sebagai “Rahsia”? Sudah tentu teknik itu bukan rahsia lagi sekiranya dia berkongsi pengalamannya di Internet, bukan? Kalau rahsia sangat kenapa nak kongsi pulak? Katanya nak jana pahala tapi kenapa caj harga yang melampau, macam beli produk pulak? Kononnya nak menolong golongan tak mampu dan hasil yang anda perolehi nanti boleh selesaikan hutang sedia ada ataupun mengurangkan beban golongan tersebut. Niat dah ada tapi tujuan melencong habis. Bak kata pepatah, niat tidak menghalalkan cara. Pepatah ke tu? Sila komen kalau saya tersilap.

Anda perlu kenalpasti skrip-skrip scammer. Skrip dorang memang tak pernah mengecewakan dan percayalah, manusia memang mudah ditipu sebab mentaliti kita terhadap duit amat lemah. Sebut jer duit, hati kita pasti cair tapi scammer wajib lebih bijak dari kita. Kalau tak bijak, memang tak menipu lah dorang ni. Dorang bijak mengendalikan emosi untuk mengambil kepercayaan anda. Jika anda merasa ragu-ragu, maka anda harus merujuk kepada keluarga, sahabat ataupun jalankan penyelidikan terlebih dahulu. Mungkin kita dah terlebih baca buku motivasi agaknya sehingga tidak mengambil kira akibat atupun risiko yang bakal ditanggung.


Jika anda pernah ditipu, anda bukan keseorangan. Biarpun anda merasa keseorangan biarkan saya jelaskan bahawa saya juga pernah ditipu. Jadikan ianya pengajaran dalam hidup dan mungkin pengalaman tersebut akan menjadikan anda lebih berwaspada dalam apa jenis bisnes yang ingin anda ceburi kelak. Tak semua orang boleh berjaya dengan menjual lampin, mungkin bakat anda lebih kepada memproses lampin (Analogi). Bisnes bukan untuk semua orang tapi kalau tak cuba, mana kita tahu pulak kan? Minat dah ada, tetapi terus-terang saya cakap. Minat pun boleh pudar. Apapun sampai ketemu lagi, Semoga berjaya dalam menceburi bidang masing-masing. Adios amigos.

Photo by Ben White on Unsplash

11 December 2018

My Social Anxiety Journey

I didn’t know that it was described as social anxiety at first. I type “fear of embarrassment” on Google and social anxiety disorder came at the top. I believe it is treatable because I used to be so wild back in the day. I was an ex-bartender and interaction with customers is a must. Awkwardness is a norm because sometime, we do need our alone time. I find it hard to be alone unless you look like a jerk and act like one. These fear of mine are mostly on social media where we share our opinion just like that for everyone to ponder upon. Sometime I deleted the sentence, re-arrange or repeat it a few more time then just decided to not to post at all. Why am I so afraid to showcase my ability to write? I don’t write professionally but what I am trying to point here is why do I think too much about how other people judge me?

Why can’t I be like some other people who can’t even spell or make the phrase right, right? No, I am not judging my friends and I don’t even bother to correct them.

(A long pause here due to overthinking)

I found it useful when it comes to writing because to write a quality article with this thought is pretty mindblowing and sometime I can't even finish them. I have to say it is not so healthy when it comes to interaction with families and friends. I’m not used to simply type phrases on any other social media platform without certain motive unless it’s a meme, of course. Maybe those who created meme have social anxiety too? It’s just a speculation, but who’s know? Actually I don’t want to talk about meme but it does take a load off burden to make the right phrase just for the sake of posting some sh*t.

Anyway, there are cure. I know it is treatable because I’m in it. It will takes time and you will get depressed over nothing but you know what? F*ck it, I want to stop feel like that sh*t again. It was draining and tiring to the point of self re-evaluation sucks. What we need is courage, maybe we should create our own “rant-of-the-day” day, where we could speak our mind without judgement. They gonna forget it after all, or maybe they won’t (opppss, my social anxiety is kicking in). You know what I’m talking about, be bold and uncomfortable. Baby step, surely gets somewhere. Spread positivity and love wherever you are. Please comment, don’t be shy. I won’t bite and if being anonymous is comfortable, so be it but remember. We need to get out of our comfort zone. Cheers!

07 December 2018

Selebriti Bikin Percaya Tapi Itu Semua Taktik Penipuan

Mangsa penipuan yang melibatkan selebriti bukan sesuatu yang asing lagi di dunia serba boleh ini. Baru-baru ni, masa saya tengah asyik skrolling di Facebook. Mata saya terpaku melihat gambar bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek dengan headline yang menarik. Beliau kononnya telah menjadi jutawan setelah menyertai platform pelaburan automatik cryptocurrency, Bitcoin Revolution.
Sebenarnya Watson Nyambek telah bebas dari muflis sejak 2016 lagi setelah Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem menyelesaikan tunggakan hutang kos perubatan bapa kepada bekas jaguh pecut negara itu. Mangsa sudah melaporkan kepada pihak berwajib yang beliau tidak pernah sama sekali diwawancara oleh Harith Iskandar seperti yang digambarkan.

Banyak review mengenai Bitcoin Revolution yang menyatakan bahawa platform pelaburan automatik ini adalah penipuan. Setiap penipuan wajib menyatakan bahawa anda tidak memerlukan pengalaman atau skill untuk berjaya dalam setiap pelaburan yang mereka anjurkan.

Diharap tidak ada yang terjebak ke dalam penipuan skim cepat kaya seperti ini kerana bagi pendapat saya, tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan tetapi jalan singkat untuk kegagalan, banyak. Kalau ada yang berpendapat di sebaliknya, sila komen atau emel terus kepada saya. Kalau ada masa yang terluang, ringan-ringankan lah tangan untuk laporkan page yang entah apa-apa kat Facebook tu. Jangan nanti saudara mara, sahabat handai dah terkena baru nak lapor. At least, kita dah hulurkan bantuan semampu yang boleh. Akhir kata dari saya, tak semuanya penipuan melainkan kita yang menipu ataupun tertipu (Sila jangan hadam, dijamin sakit kepala). Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber;

01 December 2018

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Penipuan

Kita hidup di zaman yang serba canggih di mana segala maklumat hanyalah di hujung jari, tambahan lagi kita tak perlu bersua muka untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kita lebih suka mengambil jalan pintas walaupun hanya berbekalkan janji-janji manis.

Pernahkah anda mendengar pepatah Inggeris, “Too Good To Be True”? Ayat ini mengambarkan sesuatu yang sukar dipercayai namun scammer akan cuba menyakinkan bahawa pelaburan yang dijalankan tiada risiko untuk gagal sama sekali. Kita kena faham, setiap perniagaan apa jua industri mereka pasti mempunyai risiko tersendiri. Negara kaya pun boleh bankrap kalau tahap pentadbiran gagal, inikan pula syarikat yang entah apa-apa. Ambil contoh dari pentadbiran Najib jer, sekarang negara kita berjaya mengumpul hutang lebih kurang 1 trillion ringgit. Hakikatnya, penipuan berlaku dimana-mana tanpa mengenal status.

Sebelum anda membuat pelaburan pastikan anda bertanya kepada yang lebih arif ataupun rakan yang lain kerana setiap penipuan wajib dan akan memberi anda tekanan bahawa “pakej murah dengan keuntungan berlipat ganda” yang dikenakan terhad dan anda disarankan untuk mengambil peluang sementara stok masih ada. Hal ini berlaku untuk mengelakkan anda daripada meneliti sesuatu pelaburan samada ianya benar atau tidak. Kalau anda ragu-ragu kerana kurang memahami pelaburan tersebut maka, lebih baik elakkan.

Pelaburan online ataupun offline, kita harus memastikan bahawa persetujuan kedua belah pihak diambil kira. Kita perlu menyimpan salinan dokumen persetujuan bertulis dalam apa jua bentuk untuk pengesahan jika terjadinya penipuan. Baca dan fahami supaya anda faham akan risiko jika terjadi sesuatu yang tak diingini. Tolak dan elakkan dari menyertai peluang pelaburan yang tidak memiliki persetujuan bertulis.


Sekian sahaja dari saya. Jika ada terdapat kekurangan dari apa yang saya kongsi diharap teman dapat menegur baik positif ataupun negatif. Semoga bermanfaat.