Adakah anda ingin memiliki kerja yang
menawarkan gaji lumayan? Bagaimana jika ada sesetengah individu yang
sanggup membayar gaji yang lumayan sekurang-kurangnya bernilai RM6000
untuk perkhimatan yang anda berikan untuk semalaman? Sungguh lumayan
bukan? Saya pasti anda akan tertarik dengan bayaran sebegitu tetapi
anda tidak boleh bulat-bulat mempercayai apa yang disampaikan.
Penipuan sugar mommy/daddy sangat jarang diwar-warkan kerana sifat
bisnes itu sendiri yang memerlukan peneman untuk melayan klien secara
seksual.
Saya selalu melihat posting dimana
mereka merekrut lelaki atau wanita berlainan orientasi seksual dengan
menawarkan gaji yang lumayan dan pada mulanya saya tidak mengendahkan
posting tersebut kerana saya merasakan paras rupa saya kurang
menarik. Memandangkan tidak banyak jawatan kosong yang dijumpai
ketika itu, saya cuba untuk menyoal kelayakan asas yang diperlukan
untuk menjadi anak ikan (anak ayam kalau untuk wanita). Rupa-rupanya
saya tidak memerlukan apa-apa kelayakan dan sudah tentu mereka tidak
memerlukan resume untuk memohon jawatan anak ikan/ayam tersebut.
p/s: Saya memadam rupa makcik yang mungkin tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam job posting ini.
Anda hanya perlu menyediakan beberapa
foto rupa anda dan bayaran sebanyak RM1000 untuk memudahkan
pemilihan kepada klien yang berminat dengan anda di database mereka.
Saya perlu membayar RM1000 untuk menerima sekurang-kurangnya RM6000
jika terpilih. Ketika itu saya pun terus merasa seperti ada penipuan
yang akan terjadi kerana tiada sebarang kontrak untuk ditandatangani
tetapi menawarkan perkhimatan secara seksual boleh juga dilabelkan
sebagai pelacuran. Pelacuran bukanlah perkerjaan yang boleh
dibanggakan di Malaysia dan jangan haraplah anda akan menerima
kontrak sah dari ejen tersebut.
Kebanyakkan penipuan seperti ini adalah
untuk mengambil kesempatan ke atas orang yang sangat memerlukan wang,
pasti mudah untuk menarik minat seseorang itu untuk menjana wang
dalam tempoh yang amat singkat. Saya tak membayar wang yang
diperlukan kerana mereka jelas ingin mempergunakan mangsa untuk
membayar mereka dan lesap begitu sahaja. Nasihat saya seperti biasa
dan selalu saya katakan di blog ini. Jangan mudah terpedaya dengan
taktik scammer tetapi jika anda betul ada mempunyai servis
sedemikian, sila komen di blog ini.
Peringatan: Saya tidak mengalakkan
perkhimatan untuk menemani klien secara seksual kerana ini jelas akan
merosakkan atau menjahanamkan kehidupan sosial kita. Anda
dinasihatkan untuk tidak mengambil bahagian dalam servis seperti ini
tetapi jika anda mahu teruskan juga, itu ternyata bukan masalah saya
kerana anda tidak menanggung makan minum saya. Sekian, terima kasih.
Nak jadi Gigolo tak payah bayar RM1000... giler betul tawaran nak mam**s!!!
ReplyDeleteWkwkwkwkwk, kalau betul ada pun takda maknanya dia nak sukati kutip pelayan nafsu merata tempat. Bayaran pun tinggi giler, macam tak logic jer orang tak hensem macam aku dapat payment macam tu.
Delete