29 November 2018

Mesin Sedut Duit Yang Ternyata Menyedut Duit Anda


Sebenarnya bukan niat saya nak tulis artikel ni tapi lepas tengok video yang diupload terdetik pula nak tulis sebab Founder tersebut dengan tak segan silunya mempamerkan kekayaan yang banyak menimbulkan tanda tanya. Sebelum anda membuat keputusan untuk meleburkan duit ke dalam skim cepat kaya yang dipercayai menggunakan teknologi A.I, lebih baik anda derma duit tu kat tempat berbuat amal. Rezeki tu datang dari Tuhan bagi yang tak percaya kat Tuhan, korang taubat lah eh. Website tersebut adalah "Mesin Sedut Duit", ternyata itu adalah benar sekali kerana beliau telah berjaya menyedut banyak duit mangsa melalui cara yang teramat mudah sekali.

Mudah kan kalau anda berjaya menarik perhatian mangsa kalau tau trick-nya walaupun iklan TV 90-an dulu pernah mengatakan "Budaya Membaca Amalan Mulia".Ternyata artikel tersebut ingin membuat kita beremosi dan percaya atau tidak kalau kita beremosi, kita tak berfikir panjang. Itu lah salah satu trick scammer yang lazim kita lalui.

Blog tersebut ada memaparkan artikel yang panjang lebar mengenai kenangan silam memang jahanam "KLMJ" dan kemudian di sebalik kegagalan itu beliau telah berjaya mengaut keuntungan yang giler dengan menggunakan teknologi A.I (Artificial Inteligence). Teknologi A.I kemungkinan besar akan mengubah ekonomi dunia tapi Founder sendiri pun tak tahu dari mana datang-nya duit tu. Hmmm, ajaib sungguh teknologi itu kerana berjaya memproses duit masuk ke akaun bank sekelip mata. Kalau macam tu, senang lah nak bayar hutang Malaysia yang berjumlah 1 trillion ringgit tu kan?

Di sini saya ada menemui sesuatu yang menghairankan kerana dengan jelas Founder tersebut mengatakan bahawa "MESINSEDUTDUIT.COM" yang dirujuk sebagai "COMPANY" menafikan bahawa program yang ditempah adalah bukan program affiliate.


Tetapi kandungan terma dan syarat "COMPANY" ternyata mengiyakan bahawa "mesinsedutduit.com" adalah program affiliate.

Apakah program affiliateFollow link tersebut atau research sendiri maksud tu ya. Petikan dari blog tersebut mengenai affiliate program --->
"Affiliate amat sesuai untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet ni sebab
1. Tak payah pening-pening pasal nak jual produk apa.
2. Register mudah. Ada yang free dan ada yang kena beli barang dulu. Rajin-rajin le google
3. Website promosi disediakan. so korang promote je la."

Dalam konteks ni, aplikasi telefon bimbit serta beberapa ebook telah diberi kerana mangsa sudah menempah mengikut harga yang dipersetujui kedua belah pihak yang dipercayai Founder bernilai RM12,000 !! Cara mempromosi adalah dengan mengikut skrip emel yang telah diolah terlebih dahulu dan semakin banyak emel yang anda "scrape" semakin besar peluang anda menarik bakal mangsa ke "landing sales page" dengan itu anda akan mendapat komisen dari A.I (laaahhh sangat) tersebut.

Dengan ini saya akhiri dengan pengajaran yang kita boleh ambil dari kandungan artikel mesinsedutduit.com itu. Apa salahnya hidup miskin kalau hidup tak menipu, kan? Saya lebih rela miskin dari hidup kaya dengan menipu hasil titik peluh orang lain. Kalau ada yang berilmu dalam perundangan tu mungkin anda boleh rujuk terma dan syarat "COMPANY" tu, kalau saya cuma faham sedikit sebanyak yang mampu sebab bahasa yang digunakan amat mengelirukan insan yang hina ini. Silakan komen, jangan segan jangan malu. Sekian, terima kasih.

Sila klik untuk melihat kandungan website tersebut:




20 comments:

  1. Betul nmpak sangt menipu nya, lakonan suam2 kuku, suara dubbing pkai suara spe nth...apa lah bangang thp gaban, klu la semudah tu sedut duitt....sume company atau jab kerjaan freeze labour, mogok or retire...hadap tu 24 jam...nmpk dh cerdik tp sbnrnya bodoh thap abadi...bank negara or pihak brkuasa please throw away this kind of rubbish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah,tu lah pasal. Pelik pulak aku bila common sense tak diguna pakai. Sori lambat reply sebab kerja menimbun kemudian tak ingat langsung pasal blog yg hina ini. Terima kasih sudi membaca.

      Delete
  2. Terima kasih atas pendedahan ringkas tapi padat. Saya rasa nama bisnes MESIN SEDUT DUIT tu keterlaluan dan penuh emosi. Bunyi tajuk MESIN SEDUT DUIT itu meragukan. Fikirlah sebelum beli mesin itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, dari mana tah asalnya duit yang disedut tu. Emosi memainkan peranan paling besar dalam kuasa membeli jadi jangan kita ikut emosi walaupun desperate mcm mana pun. Cheers to you bro.

      Delete
  3. Saya pun hampir2 percaya. Nasib baik dapat info kat sini. Tq ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk langkah berjaga jaga, tindakan tuan/puan telah menyelamatkan diri anda daripada tertipu. Sentiasa berwaspada, macam macam cara orang nak menipu sekarang.

      Delete
  4. Mmg menipu je..seb baik x terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan je kita yang menipu, itu dah terbaik.

      Delete
  5. ohh mmg menipu la ye.. kate siap bgi aplikasi n zero risiko.. tu la kan.. nasib baik sy ni jenis suke bertanye n research.. bgus juga ade langkah berhati hati n x gopoh ni.. atau ayat paling tepat TAMAK.. sekian.. sile meninggal msd.. wat la keje idea positif yg menjana sikit aishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, kalau pasal sikap TAMAK memang kita sebagai manusia tak boleh lari. Saya pun pernah TAMAK then terhantuk, adoi sakitnya tu kena tipu.

      Delete
  6. Terima kasih info nya.Doakan saya yg hina bodoh dimurahkan rezeki utk bayar hutang bank kerna termakan cakap kawan skg sya yg menanggung beban hutang smpai 50k ni nasihat saya biarlah kita susah yg penting kita tdk terikut-ikut cakap2 scammer ni walaupun dia ahli keluarga sendiri :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat membalas, saya doakan awak murah rezeki dan sentiasa sukses dalam apa bidang yang diceburi. Tambahan lagi waktu yang genting sekarang (PKP), bersama sama kita tabahkan diri mengharungi cabaran. Dongibab bro/sis.

      Delete
  7. hampir ii terjebak..nsib baik nmpak info nehh..

    ReplyDelete
  8. Good job. Berwaspada sentiasa yah.

    ReplyDelete
  9. Pakcik saya budak mana nak dpt duit ni boleh recommend tak keje tuk budak 15 thun saya nk kerja.mintk mak bapak apa hapak pun x dpt sial betul

    ReplyDelete
  10. Banyakkan kajian dan penelitian..

    ReplyDelete
  11. Saya pun rasa begitu..MMG penipu buat org menyumpah je..saya dah terkena.

    ReplyDelete
  12. Saya prnh trkena.. Rm490 kena sedut terus.. Mnyesal dah tak guna.. Nak hidup snang punya pasal.. Hrp2 tiada trkena lagi..

    ReplyDelete