Ramai orang tertarik dengan pelaburan
tapi tak banyak yang memahami konsepnya. Kebanyakkan kita cuma hebat
dalam hal peleburan dan pada hakikatnya, manusia tamak memang selalu
rugi. Mengapa kita mudah percaya dengan konsep “one-time-payment”
dan pulangan berkali ganda sehingga adakalanya kita seperti tak
percaya? Kalau hal sedemikian sudah menimbulkan perasaan ragu-ragu,
kenapa kita teruskan juga?
Itulah peliknya sifat manusia. Pernah
tak anda terdengar pepatah Inggeris “Fear Of Missing Out” ataupun
kata singkatnya, “FOMO”? Nampaknya kita selalu beralah dengan
perasaan sendiri dan secara tak langsung membuat keputusan yang
kurang bijak. Taktik ini selalu digunakan dalam penipuan skim cepat
kaya. Scammer akan berusaha membenihkan idea bahawa teknik yang
diwujudkan oleh penipu tersebut adalah terkini dan anda mungkin
terlepas peluang sekiranya mengabaikan pesanan yang ingin ditujukan.
Mengapa scammer
selalu melabelkan bahawa teknik menjana pendapatan yang dia cipta itu
sebagai “Rahsia”? Sudah tentu teknik itu bukan rahsia lagi
sekiranya dia berkongsi pengalamannya di Internet, bukan? Kalau
rahsia sangat kenapa nak kongsi pulak? Katanya nak jana pahala tapi
kenapa caj harga yang melampau, macam beli produk pulak? Kononnya nak
menolong golongan tak mampu dan hasil yang anda perolehi nanti boleh
selesaikan hutang sedia ada ataupun mengurangkan beban golongan
tersebut. Niat dah ada tapi tujuan melencong habis. Bak kata pepatah,
niat tidak menghalalkan cara. Pepatah ke tu? Sila komen kalau saya
tersilap.
Anda perlu kenalpasti skrip-skrip
scammer. Skrip dorang memang tak pernah mengecewakan dan percayalah,
manusia memang mudah ditipu sebab mentaliti kita terhadap duit amat
lemah. Sebut jer duit, hati kita pasti cair tapi scammer wajib lebih
bijak dari kita. Kalau tak bijak, memang tak menipu lah dorang ni.
Dorang bijak mengendalikan emosi untuk mengambil kepercayaan anda.
Jika anda merasa ragu-ragu, maka anda harus merujuk kepada keluarga,
sahabat ataupun jalankan penyelidikan terlebih dahulu. Mungkin kita
dah terlebih baca buku motivasi agaknya sehingga tidak mengambil kira
akibat atupun risiko yang bakal ditanggung.
Jika anda pernah ditipu, anda bukan
keseorangan. Biarpun anda merasa keseorangan biarkan saya jelaskan
bahawa saya juga pernah ditipu. Jadikan ianya pengajaran dalam hidup
dan mungkin pengalaman tersebut akan menjadikan anda lebih berwaspada
dalam apa jenis bisnes yang ingin anda ceburi kelak. Tak semua orang
boleh berjaya dengan menjual lampin, mungkin bakat anda lebih kepada
memproses lampin (Analogi). Bisnes bukan untuk semua orang tapi kalau
tak cuba, mana kita tahu pulak kan? Minat dah ada, tetapi
terus-terang saya cakap. Minat pun boleh pudar. Apapun sampai ketemu
lagi, Semoga berjaya dalam menceburi bidang masing-masing. Adios
amigos.
No comments:
Post a Comment