Mudah kan kalau anda berjaya menarik perhatian mangsa kalau tau trick-nya walaupun iklan TV 90-an dulu pernah mengatakan "Budaya Membaca Amalan Mulia".Ternyata artikel tersebut ingin membuat kita beremosi dan percaya atau tidak kalau kita beremosi, kita tak berfikir panjang. Itu lah salah satu trick scammer yang lazim kita lalui.
Blog tersebut ada memaparkan artikel yang panjang lebar mengenai kenangan silam memang jahanam "KLMJ" dan kemudian di sebalik kegagalan itu beliau telah berjaya mengaut keuntungan yang giler dengan menggunakan teknologi A.I (Artificial Inteligence). Teknologi A.I kemungkinan besar akan mengubah ekonomi dunia tapi Founder sendiri pun tak tahu dari mana datang-nya duit tu. Hmmm, ajaib sungguh teknologi itu kerana berjaya memproses duit masuk ke akaun bank sekelip mata. Kalau macam tu, senang lah nak bayar hutang Malaysia yang berjumlah 1 trillion ringgit tu kan?
Di sini saya ada menemui sesuatu yang menghairankan kerana dengan jelas Founder tersebut mengatakan bahawa "MESINSEDUTDUIT.COM" yang dirujuk sebagai "COMPANY" menafikan bahawa program yang ditempah adalah bukan program affiliate.
Tetapi kandungan terma dan syarat "COMPANY" ternyata mengiyakan bahawa "mesinsedutduit.com" adalah program affiliate.
Apakah program affiliate? Follow link tersebut atau research sendiri maksud tu ya. Petikan dari blog tersebut mengenai affiliate program --->
"Affiliate amat sesuai untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet ni sebab
1. Tak payah pening-pening pasal nak jual produk apa.
2. Register mudah. Ada yang free dan ada yang kena beli barang dulu. Rajin-rajin le google
3. Website promosi disediakan. so korang promote je la."
1. Tak payah pening-pening pasal nak jual produk apa.
2. Register mudah. Ada yang free dan ada yang kena beli barang dulu. Rajin-rajin le google
3. Website promosi disediakan. so korang promote je la."
Dalam konteks ni, aplikasi telefon bimbit serta beberapa ebook telah diberi kerana mangsa sudah menempah mengikut harga yang dipersetujui kedua belah pihak yang dipercayai Founder bernilai RM12,000 !! Cara mempromosi adalah dengan mengikut skrip emel yang telah diolah terlebih dahulu dan semakin banyak emel yang anda "scrape" semakin besar peluang anda menarik bakal mangsa ke "landing sales page" dengan itu anda akan mendapat komisen dari A.I (laaahhh sangat) tersebut.
Dengan ini saya akhiri dengan pengajaran yang kita boleh ambil dari kandungan artikel mesinsedutduit.com itu. Apa salahnya hidup miskin kalau hidup tak menipu, kan? Saya lebih rela miskin dari hidup kaya dengan menipu hasil titik peluh orang lain. Kalau ada yang berilmu dalam perundangan tu mungkin anda boleh rujuk terma dan syarat "COMPANY" tu, kalau saya cuma faham sedikit sebanyak yang mampu sebab bahasa yang digunakan amat mengelirukan insan yang hina ini. Silakan komen, jangan segan jangan malu. Sekian, terima kasih.
Sila klik untuk melihat kandungan website tersebut: