Semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilancarkan, penipuan secara maya kembali aktif. Saya tertarik untuk mengulas mengenai mesin slot sekali lagi tetapi kali ini ianya bukan melalui apps slot itu sendiri. Saya tak dapat memastikan kesahihan jana RM10k melalui komisen yang diiklankan kerana saya tak menyerahkan dokumen yang diperlukan iaitu kad ATM dan akses secara online ke bank berkenaan.
Risiko untuk tujuan penipuan amatlah besar dan secara tak langsung ianya akan merosakkan imej atau nama baik anda sekiranya maklumat yang diperlukan diberi. Saya ada menghubungi si penawar kerja kerana apa yang diposting ke group Facebook tersebut tidak lengkap. Postingan tersebut amat menarik perhatian saya kerana si penawar kerja menjanjikan RM10k setiap bulan jika terlibat dalam bisnes tersebut. Posting tersebut berbunyi begini, "Online casino, hanya mau 10 orang, sebulan income 10k, customer sedia, setiap minggu bayar commission, WhatsApp 016XXXXXXX".
Sesiapa pun akan tertarik dengan tawaran tersebut. Oleh kerana saya sendiri memerlukan duit tambahan saya pun menghubungi beliau. Ternyata yang beliau inginkan hanyalah kad ATM dan akses secara online ke bank anda sahaja. Anda tak perlu berbuat apa apa hanya tunggu duit masuk. Secara amnya, the nature of the business itself cukup shady. Setahu saya, apa apa yang berunsurkan judi memerlukan lesen untuk beroperasi begitu juga online casino agaknya. Risiko penipuan yang saya maksudkan adalah andaikan si penawar kerja meminta orang ramai memasukkan duit ke akaun anda dan servis ataupun produk yang dibeli tak sampai dan nama anda yang tertera itu yang menjadi mangsa keadaan. Secara tidak langsung, anda menjadi penjenayah kerana anda akan dilapor ke pihak berkuasa atas penipuan yang terjadi ke atas nama anda.
(Gambar di atas hanyalah contoh)
Si penawar kerja pula tak menggunakan data asli kerana tak mahu dijejaki. Di situ kita kena berwaspada. Bersikap ragu ragu sedemikian ada untungnya, dan sekali lagi saya tekankan disini saya tak dapat memberi kesahihan samada mereka benar benar memiliki bisnes tersebut ataupun tidak. Maklumat anda teramatlah penting walaupun akaun bank anda sekarang tak ada isi. Jika mereka melakukan penipuan, kejadian tersebut boleh memberi impak negative yang besar dalam hidup anda. Sekian, sekiranya anda ada maklumat lebih mengenai perkara ini sila lah komen. Terima kasih sudi membaca.